Buku KEMAHIRAN MENULIS TULISAN BERANGKAI (menggunakan peribahasa) ditujukan kepada pelajar-pelajar sekolah
rendah dengan tujuan memahirkan mereka di dalam bidang penulisan berangkai. Keupayaan menulis dengan cantik selalunya tidak
dijadikan sebagai salah satu bidang yang ditekan oleh ibubapa masa kini. Adalah diyakini bahawa alam persekolahan di peringkat
rendah adalah masa yang sesuai untuk berlatih menulis dengan baik. Latihan demi latihan yang berterusan dapat menjadikan pelajar
menguasai gaya penulisan yang cantik.
Hasil tulisan yang cantik seterusnya akan digunakan ke peringkat persekolahan menengah dan tinggi tanpa
perlu diasah lagi. Ianya berterusan hingga ke alam pekerjaan. Adanya kemampuan menulis dengan cantik menjadi salah satu faktor
ke arah keyakinan diri yang lebih baik.
Kombinasi di antara latihan tulisan berangkai dengan peribahasa menjadikan buku ini amat unik. Umpama 'sambil
menyelam minum air', para pelajar memperolehi dua kebaikan serentak. Peribahasa yang diberikan di dalam buku ini juga diharap
dijadikan pengajaran kepada pelajar samada untuk meningkatkan prestasi diri mahupun mengelakkan diri daripada terjebak ke
arah yang songsang.
Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada anak-anak anda yang masih bersekolah rendah samada tadika,darjah
satu mahupun darjah enam. Hanya anda sebagai ibubapa mampu mencorak anak anda !!