Make your own free website on Tripod.com

Hadiahkan buku ini untuk anak kesayangan anda !!!

Home | Pesanan | Buku 2

bukua.jpg

buku2.jpg

Buku "Bebaskan Kreativiti Anak Anda" menguji kepintaran anak anda berfikir menggunakan otak kanan (kreatif) dan otak kiri (logik). Keseimbangan di antara pemikiran logik dan kreatif amat penting untuk para pelajar bagi menghadapi dunia masa kini yang serba mencabar.

BEBASKAN KREATIVITI ANAK ANDA diterbitkan khas dengan tujuan memberi latihan yang pelbagai dan lain dari cara latihan yang formal. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif diperlukan oleh setiap individu antara lain bagi tujuan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Ia perlu dilatih sejak dari kecil bagi merangsang pemikiran ke arah pengimbangan di antara faktor-faktor kritis dan kreatif. Bagi merangsang pemikiran kreatif, pelajar perlu berfikir dari pelbagai sudut, melihat jauh ke hadapan dengan menggunakan daya imaginasi dan menukar tabiat dan corak pemikiran pelajar yang seolah-olah 'kaku' dengan kebiasaan.
Buku ini memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengembang dan meluaskan idea-idea kreatif dengan latihan-latihan yang disusun khas bagi membolehkan pelajar berlatih menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai cara penyelesaian. Ia termasuk; ubahkan, kecilkan, besarkan, gantikan, atur semula, terbalikkan, gabungkan dan lain-lain.
Pemikiran kritis (otak kiri) dan kreatif (otak kanan) perlu digunakan dengan seimbang. Buku ini diolah untuk memberikan penekanan yang seimbang di antara kedua-duanya. Bagi menyelesaikan masalah, pelajar-pelajar akan menggunakan pemikiran kritis bagi memahami kehendak soalan, mengumpul maklumat dan kemudian menilai segala kemungkinan jawapan yang tepat menggunakan pemikiran kreatif.
Adalah diharap agar buku ini mampu menimbulkan minat pelajar ke arah penggunaan pemikiran kritis dan kreatif secara lebih optimum.

gapaminno@yahoo.com.my